About Me

My Photo
life is freaking awesome. seriously. xoxo

Monday, December 26, 2011

+ my confession +

assalamualaikum.

pagi ni rasa nyaman. tapi sayang, nyamannya tidak dapat saya nikmati :) jujurlah, susah untuk saya menulis pagi ini. tapi kerana saya rasa saya harus selesaikan sesuatu jadi saya teruskan. :) terlebih dahulu ingin saya jelaskan bahawa coretan ini amat panjang kerana ia melibatkan hati dan perasaan.

saya kira semua orang yang baca blog saya sejak zaman degree tahu saya mempunyai teman lelaki yang saya anggap seperti kawan baik. dia rakan karib saya. dia jugalah tempat saya meluah rasa sayang. saya kira semua orang yang rapat dengan saya tahu jatuh bangun saya dengan dia. tahu betapa sayangnya saya pada dia. demi Allah saya sayang dia. selama 5 tahun lebih hubungan, saya mempunyai impian sama seperti perempuan lain, iaitu berkahwin dan berkeluarga. jika di izinkan Allah saya harap penyakit saya sembuh. dan saya mampu beri dia zuriat.

ye, cliche kan impian saya? tapi tolong bagitahu saya siapa yang tidak ada impian sebegitu rupa bila sudah bertahun-tahun bersama. sehingga keluarga tahu dan hanya menunggu masa seperti yang di janjikan untuk berkahwin selewat2nya 2 tahun lagi. jika di ikut perancangan, tahun depan mahu tunang, kemudian tak tunggu lama untuk kahwin. dia, lelaki yang saya sayangi sepenuh hati yang membuat perancangan. itu pun katanya kalau boleh mahu cepat lagi. comel bukan? hehe. malahan dia berkali2 merayu untuk berkahwin awal :')

dia saya kira mampu bahagiakan saya. dia mampu buat saya berada di tahap paling bawah dalam hidup, seksa. tapi dia juga penawar. dia lelaki yang baik. dia menjaga saya. tapi mungkin lupa untuk menjaga hati saya seperti yang di janjikan. entah. saya keliru. tapi dia, lelaki yang saya hormati dan saya sayang sangat. kami sama2 berdarah muda. suka meneroka benda baru bersama. kami akrab. bagaikan sahabat karib. saya selesa dengan dia. dan dia selesa dengan saya. itu yang dia cakap. :) sayangnya saya pada dia sehingga saya percaya setiap patah perkataan yang dia ucapkan. sumpah atas nama Allah, sejak kenal dia hati saya tertutup untuk lelaki lain sampai saat ini. dulu, saya sentiasa memaafkan setiap kesalahan yang di lakukan sebelum-sebelum ini kerana saya kira itu lumrah bercinta. yes, call me weak. saya rela. sebab saya tahu itu hakikatnya.

bila saya percaya dia, maka saya lalui hari-hari yang ada dalam hidup dengan semangat dan impian untuk bersama. sama2 berjaya dan menjadi suami isteri yang di redhai Allah. saya banyak kurang. begitu juga dia. tapi saya menerima dia seadanya. dan dia bersungguh berjanji utk sama-sama membaiki kekhilafan. dia memberi harapan. dia berkongsi impiannya dengan saya dan impian kami menjadi satu. lucukan bunyinya? tapi itulah hakikat. dia bersungguh berjanji dan berusaha membuktikan bahawa dia mampu membahagiakan saya. perempuan....hehe..hati saya jadi sejuk. saya rasa bertuah. lalu saya padamkan setiap memori pahit saya dan dia walaupun sukar,pahit, pedih dan susah. lalu saya padam rasa rajuk mahupun kecewa atas setiap salah dia sebelum2 ini. saya kutip setiap cebisan luka dan retak hati yang tidak tertanggung dan buang ketepi dengan susah payah setiap kali dia memohon kemaafan ats segala salah laku dia dan memohon kembali bersama. saya percaya dia. saya yakin dia akan berubah. bila dia bersungguh-sungguh. menangis. meratap mohon kemaafan dari saya. ya, dia bersungguh mahu membuktikan dia memang calon selayaknya untuk bergelar ketua keluarga buat saya. :) dan saya menerimanya dengan rasa syukur dan senyum. bahagia. bodoh? ya saya tahu dan sedar. :')

tapi, kita tidak boleh melawan kehendak Allah. takdir Allah tiada siapa boleh 'patah'kan. kalau tiada jodoh, semua itu tidak akan ke mana. dia telah berkahwin. ye, dia telah menjadi suami orang secara sah tanpa pengetahuan saya pada hari jumaat lalu. dan pada jumaat itu juga dia memujuk saya jangan tinggalkan dia walau apa pun yang jadi. sayang katanya. rindu katanya. dan katanya sayalah segala2nya :) terkilan? semestinya. :) saya perempuan. hati saya lemah. saya tidak boleh mendabik dada bilang saya kuat. bilang saya gagah. tidak. buat apa bohong? :) ye, saya terkilan kerana kami sedang bahagia. dan bahagia itu hilang tanpa apa2 peringatan. saya luluh. dia sesungguhnya tidak tahu bahawa saya tahu dia telah menikahi perempuan lain. pergi outstation katanya. dan bersungguh tidak mahu saya meninggalkan dia. saya menunggu dia dengan sabar tapi kembali luluh, bila tahu dia mengkhianati kepercayaan saya dengan menipu saya LAGI dan berkahwin dengan perempuan yang saya rasa dia begitu sayangi sehingga dia mengahwini perempuan itu. ye, saya sedang berperang hebat dengan perasaan dan emosi saya sendiri.

saya tidak mampu tidur. saya tidak mampu makan. saya tidak mampu buat semua benda. saya keliru. sakit sungguh. gila mungkin. :) dulu dia pernah beri rasa sakit sebegini, berkali-kali. namun tidaklah seteruk ini. tapi, bila di fikir semula, saya patut bersyukur sekurang-kurangnya saya sudah tahu perkara sebenar dengan nyata. Tuhan itu kan Maha Berkuasa. Maha Mengetahui. Dia makbulkan doa saya memohon petunjuk. Tuhan tahu bahawa lelaki itu yang pernah bersama saya selama bertahun-tahun dan begitu rapat dengan keluarga saya, bukanlah jodoh saya. bukanlah di takdirkan menjadi ketua keluarga saya. bukanlah di takdirkan menjadi pembimbing saya. bukanlah di takdirkan menjadi ayah pada bakal anak saya, konon anak kami bersama seperti yang di janjikan. seperti yang dia impikan katanya. dan saya terima bahawa saya bukanlah pelengkap di dalam hidupnya. saya harus akur pada takdir :) saya harus lepaskan dia dengan sepenuh hati saya. saya tak marah pada perempuan yang saya kira bertuah itu. buat apa nak marah, sudah itu jodoh yang tertulis buatnya. Allah sudah tetapkan lelaki yang saya cintai dan sayangi, menjadi milik perempuan yang baik. dan perempuan yang baik budi pekerti itu menjadi milik dia. jujurlah saya kecewa dan jujurlah saya menangis sehingga rasa gelap semuanya, tapi saya mendoakan kebahagiaan dia. sekurang-kurangnya saya tahu mereka bahagia bersama dan saya patut meredhakan semuanya. semoga dia bahagia. semoga hubungan mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat. semoga janji dia pada saya selama ini, dapat di tunaikan pada perempuan itu. dapat di kotakan pada wanita yang kini menjadi isterinya. isteri yang sah yang dia pilih untuk bersama sepanjang hayat.

jadi saya harap semua orang dapat tahu dan faham tentang status hubungan kami. no more wedding. no more dreams. no more hope. no more love. no more plan antara kami berdua. dulu ada semuanya. tapi bukan untuk sekarang. hehe. saya harap tiada lagi yang bertanya. saya harap semua memahami. bukan niat saya bercerita untuk membuka pekung di dada. bukan juga niat meminta simpati. saya bukan perempuan sebegitu. saya boleh hidup tanpa simpati orang :) dan saya juga tidak berniat untuk memburukkan dia. lelaki yang pernah ada dalam hidup saya selama 5 tahun lebih. NO. dia baik. dan pernah membahagiakan saya. niat saya cuma satu, meleraikan kekusutan. harap mana-mana yang mengambil berat dapat mendoakan saya dan dia juga. saya percaya ada hikmah atas segalanya. Tuhan pinjamkan dia untuk saya selama 5 tahun lebih. untuk latih saya menjadi perempuan yang kuat mungkin. :D dan kepada pihak yang saya mungkin telah sakiti sebelum2 ini, saya memohon maaf seikhlasnya. setiap apa tindakan saya sebelum ini adalah berasaskan janji dan penjelasan dia pada saya. maafkan saya kerana bodoh. maafkan saya kerana percaya. tapi jujurlah, kalau saya tahu hal sebenar, tiada sedikit pun niat untuk saya sakiti hati mana-mana pihak terutamanya afifah fadilah. maafkan saya. benar apa yang awak katakan. maafkan saya kerana percaya kata-kata dia. maafkan saya kerana hanyut sehingga membuat awak berasa saya berlaku kejam dan tidak adil pada awak. maafkan saya.

kepada 'awak', lelaki yang dulunya berjanji tidak akan sia2kan saya setiap kali menangis merayu memohon di beri peluang, ikhlas saya ingin katakan saya sudah tahu awak telah berkahwin walaupun awak cuba sorokkan. perasaan saya bercampur. saya terkejut. saya rasa tidak adil. tapi saya tahu ada hikmahnya :) saya bukanlah kuat. bukanlah tenang. tapi saya mendoakan awak. saya harap awak bahagia. walaupun saya kecewa dengan cara awak. walaupun saya masih bingung dan lillahi ta'ala saya ralat, marah dan sedih dengan cara awak yang tidak mahu berterus terang, tapi saya percaya pada qada' dan qadar. mungkin awak ada alasan tersendiri. :) memang benar saya terguris, tapi saya doakan setiap impian yang awak kongsikan dengan saya akan tercapai. saya doakan semoga awak menjadi suami yang bertanggungjawab dan baik. suami yang baik harus berada di sisi isteri dan keluarga. di situ tempat awak. dan selamanya tanggungjawab itu akan tergalas di bahu awak. awak, insyallah, dengan izin Allah, awak mampu jalankan tanggungjwb awak. saya mula faham kenapa awak menangis saat awak mahu balik ke kedah semasa datang ke kelantan hari itu. saya patut agak itu adalah masa terakhir untuk berjumpa. walaupun awak sendiri bersungguh yakin kan saya yang awak akan datang lagi. dan akan kahwini saya :) terima kash kerana sanggup datang. terima kasih kerana pernah menjadi sebahagian hidup saya. terima kasih kerana pernah menjadi teman hidup saya dan juga rakan karib saya yang saya pernah percayai dan sayangi. terima kasih kerana berkongsi 'rasa' walaupun saya mula rasa 'rasa' itu hanya bohong. tapi, terima kasih. terima kasih kerana menjaga saya. terima kasih atas segala jasa baik awak. terima kasih kerana memberi harapan setiap detik dan waktu. maafkan saya kerana saya bukan perempuan yang sempurna untuk awak. maafkan saya andainya saya menyakiti awak. maafkan saya andainya saya melukakan hati awak. maafkan segala perbuatan saya dan perkataan saya selama kita bersama. terima kasih awak. jaga diri awak ye. dan juga keluarga :) awak, sekarang saya lepaskan awak. saya lepaskan ikatan yang awak rayu dan mohon agar jangan di lepaskan. saya lepaskan ikatan yang awak sendiri simpulkan kemas selama 5 tahun lebih ini. kerana awak pilih dia. walau apa pun alasan yang awak bagi, semua dah berlaku dan yang pasti bukan saya yang awak pilih seperti yang awak janjikan. saya harap kebahagian akan menemani kita. awak, saya, keluarga, dan semua. semoga semua diredhai Allah. amin ya rabbal alamin

saya rasa inilah pengakiran. no more 'short notes'. hehe. saya harap tiada caci maki. tiada cemuhan. cukuplah sampai di sini. andai saya emosi menulis selepas ini, anggaplah ia sebagai salah satu terapi untuk saya menghilangkan segala 'rasa' yang pernah kukuh bertapak dalam hati dan diri saya dulu. harap memahami. terima kasih kerana membaca. terima kasih kerana menemani saya selama saya menulis sejak zaman degree dulu lagi. terima kasih sangat. semoga Allah mampu membalas setiap doa dan sokongan.


p.s:
ujian itu ada dalam pelbagai cara. dan saya redha ini salah satu 'cara' yang Allah turunkan buat saya. jujur, dugaan ini hebat sungguh. sehingga saya rasa seakan2 tidak mampu bernafas. lelaki yang saya sayangi dan cintai menjadi suami wanita lain :) tapi saya sedar saya harus akur. dan redha. insyallah saya akan cuba cekal. saya harap saya kuat. saya tahu saya perlu redha walau sesukar mana pun. saya harap saya mampu bangkit capai segala impian saya selama ini. kepada sharifah farhana, azran, syida tahreb, sakinah. dan keluarga tersayang yang memeluk saya saat melawan perit rasa. terima kasih. saat aku jatuh, saat itu ada tangan menyambut. terima kasih. ini bukan kali pertama jatuh, tapi tetap kalian teguh bersama. kepada waniey, maafkan aku sebab tak bagitahu kau masa kau tanya, aku belum bersedia untuk bercerita masa tu. harap kau faham. sorry. terima kasih semua.